Asian Banking School Logo
PENGENALAN

Surat rasmi ialah bentuk penulisan profesional yang ditulis mengikut laras bahasa dan format tertentu.
Surat mempamerkan citra sesebuah organisasi atau individu. Penulisannya yang baik sama ada dari segi pengolahan isi, bahasa mahupun format, akan mempamerkan imej yang tinggi, dan mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Bagaimanakah cara untuk menulis surat yang baik, betul dan berkesan? Kursus ini memberikan panduan kepada peserta kaedah penulisan surat rasmi yang baik, betul dan berkesan dari segi bahasa, format dan garapan idea. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari.
Objektif & Hasil Kursus
Objektif
  • Memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan surat rasmi
  • Memberikan maklumat tentang kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi
  • Meningkatkan kemahiran dan keterampilan penulisan dalam bahasa Melayu khususnya dalam surat rasmi

Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Menulis dengan yakin pelbagai jenis surat dengan menggunakan bahasa yang betul dan santun
  • Mengenal pasti kesalahan bahasa yang biasa ditemukan dalam surat dan dapat membetulkannya
  • Menggunakan kata sapaan dan panggilan hormat yang betul dalam surat untuk penerima yang mempunyai gelaran tertentu
Kandungan & Kaedah Pengajaran
Kandungan
Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan
Penulisan Surat Rasmi

  • Pengenalan
  • Format
  • Kata Sapaan
  • Laras Bahasa
  • Pengolahan Isi

Latihan dan Pembentangan

  • Ceramah
  • Tayangan slaid/media
  • Soal jawab
  • Latihan/Amali

Kaedah Pengajaran
  • Ceramah
  • Tayangan slaid/media
  • Soal jawab
  • Latihan/amali
KUMPULAN SASARAN
Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.
PENCERAMAH
Norliza binti Abu Bakar
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Found a programme that you think would be suitable for your organisation?
Many of our courses can be customised and delivered in-house. We also provide consultancy services to create tailor-made training programmes that are specifically aligned with your organisation’s strategic learning requirements. Contact us today to learn more about how we can support your team’s development by completing the In-House Request Form here or Emailing Us here.
SHARE
Other programmes
Invest in a lifelong learning journey
As the industry’s preferred partner in learning and development, ABS offers customised and open enrolment training programmes that cover a comprehensive list of banking areas.
Norliza binti Abu Bakar
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Puan Norliza ialah seorang profesional yang sangat berpengalaman luas dalam bidang pendidikan; berlatar belakangkan akademik yang kukuh dan pencapaian kerjaya yang luas. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dari UKM dan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Melayu dari UPM. Beliau merupakan mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, berperanan sebagai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan diiktiraf sebagi Guru Cemerlang.

Pelantikan sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2014 dan Jurulatih Bertauliah oleh Kementerian Sumber Manusia memperkukuh kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang kebahasaan. Kepakaran beliau dimanfaatkan oleh sektor kerajaan dan swasta serta institut pengajian tinggi di seluruh negara melalui kursus-kursus peningkatan bahasa dalam penulisan pelbagai dokumen rasmi. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Editor Luar dan Panel Peningkatan Mutu Bahasa untuk pelbagai teks terbitan DBP serta telah menghasilkan penulisan yang berkaitan dengan bahasa dan pengajaran Bahasa.
Asian Banking School Logo
The Asian Banking School (ABS) is dedicated to developing talent and is the largest specialised provider of quality banking training programmes in the ASEAN region.
Copyright © Asian Banking School (ABS) (201201039737 (1024215-T)). All rights reserved.
There are currently no upcoming programme slots.
Please email us here or call us at +603 2701 7822 if you want to check on future slots.


 | 
Asian Banking School
Kursus Penulisan Profesional Dokumen Rasmi (Surat Rasmi)
Time Slot
PAX No
Programme Fees


Note ON CURRENCY CONVERSION in IPAY88 Payment Gateway
Please take note that this amount will be reflected in Malaysian Ringgit (MYR) in the iPay88 Payment Gateway based on the daily foreign currency exchange rate.
Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Programme added to cart successfully.

Please proceed to your cart to enter participant details and complete payment.

Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Failed to add programme to cart.

Please refresh the page and try again.

Ooops!
Generic Popup2