Asian Banking School Logo
PENGENALAN

Kursus ini memberikan tumpuan pada aspek tatabahasa bahasa Melayu selain aspek ejaan dan peristilahan.
Tatabahasa merupakan aspek penting dan menjadi asas dalam penghasilan penulisan dan pertuturan yang baik dan berkesan. Dengan menguasai tatabahasa, kesilapan dalam penulisan dapat dikurangkan dan peserta dapat menggunakan tatabahasa yang betul dalam urusan rasmi harian.
Objektif & Hasil Kursus
Objektif
  • Menyegarkan pengetahuan peserta tentang bahasa Melayu khususnya yang berkaitan dengan aspek ejaan, peristilahan dan tatabahasa
  • Memberikan maklumat tentang kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu
  • Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul sama ada dalam komunikasi lisan mahupun penulisan

Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Mengatasi kekeliruan dalam pengejaan bagi kata jati bahasa Melayu dan kata pinjaman/serapan daripada bahasa asing
  • Mengenal pasti kata umum atau istilah dan kaedah mendapatkan padanan istilah
  • Mengenal pasti bentuk kesalahan tatabahasa yang lazim dan mengamalkan yang betul
Kandungan & Kaedah Pengajaran
Kandungan
  • Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
    • Ejaan kata jati bahasa Melayu
    • Ejaan kata serapan daripada bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
  • Peristilahan Bahasa Melayu
    • Kata umum atau istilah
    • Peristilahan dan bidang ilmu
  • Kesalahan Tatabahasa yang Lazim
    • Bentuk kata (kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk)
    • Imbuhan dan makna (jenis imbuhan untuk kata nama, kata kerja dan maknanya)
    • Bentuk dan ragam ayat
    • Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu (pengaruh laras/gaya bahasa asing dalam bahasa Melayu)

Kaedah Pengajaran
  • Ceramah
  • Tayangan slaid/media
  • Soal jawab
  • Latihan/amali
KUMPULAN SASARAN
Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.
PENCERAMAH
Encik Zaidi Ismail
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Found a programme that you think would be suitable for your organisation?
Many of our courses can be customised and delivered in-house. We also provide consultancy services to create tailor-made training programmes that are specifically aligned with your organisation’s strategic learning requirements. Contact us today to learn more about how we can support your team’s development by completing the In-House Request Form here or Emailing Us here.
SHARE
Other programmes
Invest in a lifelong learning journey
As the industry’s preferred partner in learning and development, ABS offers customised and open enrolment training programmes that cover a comprehensive list of banking areas.
Encik Zaidi Ismail
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Encik Zaidi Ismail berkhidmat di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sebagai Perancang Bahasa Kanan.

Beliau telah berkhidmat di DBP sejak tahun 1997 dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau turut memiliki kelayakan profesional Sijil Kemahiran Malaysia dan VTO, Kementerian Sumber Manusia dan bertindak sebagai Pensyarah Bidang Editorial pada tahun 2021.

Beliau ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan dan berpengalaman menyampaikan lebih daripada 100 ceramah di pelbagai kementerian dan jabatan antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Akauntan Negara, INTAN dan KWSP.

Selain itu, beliau juga bertindak sebagai penulis sambilan dan menghasilkan lebih daripada 250 artikel telah tersiar di majalah.
Asian Banking School Logo
The Asian Banking School (ABS) is dedicated to developing talent and is the largest specialised provider of quality banking training programmes in the ASEAN region.
Copyright © Asian Banking School (ABS) (201201039737 (1024215-T)). All rights reserved.
There are currently no upcoming programme slots.
Please email us here or call us at +603 2701 7822 if you want to check on future slots.


 | 
Asian Banking School
Kursus Penyegaran Bahasa Melayu
Time Slot
PAX No
Programme Fees


Note ON CURRENCY CONVERSION in IPAY88 Payment Gateway
Please take note that this amount will be reflected in Malaysian Ringgit (MYR) in the iPay88 Payment Gateway based on the daily foreign currency exchange rate.
Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Programme added to cart successfully.

Please proceed to your cart to enter participant details and complete payment.

Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Failed to add programme to cart.

Please refresh the page and try again.

Ooops!
Generic Popup2